Followers

Sunday 6 November 2011

Salam Eidul Adha 1432H

Assalamualaikum dan semoga ALLAH merahmati umat Islam sekalian.
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini... :)
Bahasa Melayu nampaknya hari ini..
hee~ sesekali perlu berbahasa dengan bahasa ibunda pulak... n_n

Salam Eidul Adha buat semua umat Islam.
Hayatilah sirah dan pengorbanan yang telah dilakukan bagi menegakkan syiar Islam di bumi ALLAH ini.
Janganlah kita sesekali lupa akannya.

Pagi tadi, Khalilah bersama-sama dengan sahabat2 lain yang tak balik raya haji tahun ni,
jalan kaki ramai2 pi masjid Al-Azim, masjid negeri Melaka untuk solat raya..
Seronok jugak la, pengalaman pertama kot.. hee~ :)
[takpa tak balik.. ni adalah persedian menghadapi kemungkinan akan ambil master di United Kingdom beberapa tahun yang akan datang.. hehe Ameen.. :) ]

Ramai yang datang solat tadi, Alhamdulillah...
Tapi yang tak seronoknya tu, ada jugak Muslimat yang datang masjid, tidak menutup aurat..
tak pakai tudung, tak pakai stokin...
Sebab tu la wanita tak digalakkan datang berjemaah kalau hadirnya, 
mendatangkan fitnah bagi kaum Muslimin.
Na'uzubillah...

Bila solat pulak, safnya renggang2..
Harus diingat, fungsi solat jemaah salah satunya adalah menyatukan umat Islam.. 
kerana bila kita solat berjemaah, safnya dirapatkan, itulah lambang penyatuan umat Islam
kalau dah jarak2 macam tu, pastuh bengkang bengkok, macam mana nak bersatu?
ALLAH tak terima solat jemaah yang safnya tak lurus dan tak rapat tau, sahabat2..
Buat rugi ja solat jemaah kat masjid, penat2 jalan kaki.. (Aik? Macam kenai ja sapa...) 
tup2 ALLAH tak terima..
rugi2.. :(

Harapnya kita semua dapat berubah jadi Muslim yang lebih baik.
Tuntutlah ilmu, kerana ilmu adalah penyuluh bagi jalan yang gelap.
yang Khalilah sebut kat atas ni, sebahagian besaqnya jadi sebab takdak ilmulah..
jangan malas cari ilmu... kalau malas, nanti sesat...
tak jumpa jalan balik ke kampung akhirat kita iaitu SYURGA...
nyesal kita nanti..

Semoga bertemu lagi di lain waktu..
Assalamualaikum... :)