Followers

Saturday 26 November 2011

Ulasan Buku: Allah is Calling

Assalamualaikum semua!
Semoga ALLAH merahmati umat Islam sekalian..
Terima kasih kerana singgah ^_^

Buat pengetahuan, Khalilah sekarang tengah bercuti semester...
Setelah bertungkus-lumus (ya ka?) mengharungi peperiksaan akhir dan MUET, akhirnya cuti dapat kurasai dengan sepenuh hati... (ayat.. skemanya.. =_=")
Cuti kali ni takdak nak buat apa.. nak rehat ja banyak.. ufufu~ 
Tapi rehat-rehat pun, hobi membaca tidak dilupakan... :)

Alhamdulillah, Khalilah baru selesai menghabiskan pembacaan sebuah buku ilmiah bertajuk Allah is Calling yang disusun oleh Ustaz Zainudin Hashim...
Buku tu kalau nak diikutkan dah lama dalam simpanan cuma baru-baru ni ja berkesempatan nak perabih baca.. hee~ :P


Buku terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd ni terbahagi kepada dua bahagian.
Yang pertama adalah kisah-kisah umat Islam dari Barat yang diberikan hidayah oleh ALLAH dan menyebarkannya...
Depa pada asai, bukan orang Islam, tapi bila ALLAH dah bagi hidayah, depa jadi lagi hebat daripada orang Islam yang Islam sejak dari lahir...
Khalilah tertarik dengan kisah Yvonne Ridley, Aminah as-Silmi dan Jacques Yves Costeau.. 
Bukanlah bermakna kisah-kisah yang lain tidak hebat, tapi kalau nak tau, cari buku ni dan baca, ok? ^_^

Bahagian kedua buku ini pula menyentuh secara asas terhadap isu-isu semasa berkaitan Islam seperti penindasan dan sokongan terhadap agama suci ini... 
Dah nama pun asas, jadi kalau nak tau lebih, kena baca lebih la..Dia sentuh sikit-sikit ja.. Agak tak puas la.. tapi nenantilah Khalilah search... Sekarang agak.. heh malas~ hehe :)

Nama pun buku ilmiah.. kalau Khalilah, buku ilmiah ni kalau tak mengantuk baca, memang bukan Khalilah la tuh.. tu orang lain.. haha.. tapi seyes, besalah, syaitan memang panaih punggung kalau tengok kita tambah ilmu yang baik.. jadi kalau hampa baca buku ni, mengantuk, kuatkan diri, ok? ^_^

Buku ni sedikit sebanyak menyuntik semangat nak perbaik diri bagi jadi lebih baik.. 
Malu dengan tokoh-tokoh hebat dalam buku ni.. Kita awai-awai dah Islam pun belum dapat jadi sehebat mereka yang jadi Muslim lebih lambat daripada kita.. 
eh, paham dak? cam berbelit ja ayat.. kalau tak paham, abaq mai noh.. :)

Tokoh-tokoh hebat dalam buku ni dah ada 'sesuatu' untuk dihadapkan di hadapan ALLAH nanti.. insya-ALLAH..
Sama-samalah kita perbaik diri kita.. Moga nanti kita pun ada 'sesuatu' yang buat ALLAH pandang kita dengan penuh kasih sayang kat akhirat kelak.. insya-ALLAH

Semoga berjumpa lagi di lain entri..
Assalamualaikum.. ^_^